KL City berjaya melangkah ke suku akhir Piala Malaysia apabila mudah menewaskan Penang 1-0 walaupun terpaksa bermain dengan 10 pemain ekoran layangan kad merah.
Giancarlo Gallifuoco yang dilayangkan kad merah seawal minit ke-15 perlawanan menyebabkan pasukan KL City terpaksa merubah corak permainan.
Penang yang kerap melakukan percubaan ke gawang gol lawan gagal untuk memanfaatkan situasi 10 pemain KL City apabila tiada jaringan yang dapat dihasilkan.
Separuh masa pertama tamat dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan.
Masuk babak kedua perlawanan, KL City terpaksa menunggu sehingga minit ke-70 perlawanan untuk mendapatkan gol pertama menerusi jaringan Tchetche Kipre.
Sebelum ini, Tchetche Kipre juga menjadi watak utama dalam kemenangan selesa 4-0 ke atas Penang dengan sumbangan 2 gol manakala 2 lagi daripada Zhafri Yahya dan Romel Morales.
Kekalahan Penang dalam aksi pusingan 16 Piala Malaysia menyaksikan Penang akan turun bertanding dalam Piala Cabaran 2023 kelak.
KL City berjaya layak ke suku akhir dengan agregat kemenangan 5-0 ke atas pasukan Penang FC.