Kim Pan-gon Puji Mental Pemain Hadapi Jadual Padat Piala AFF
Dunia
Famalaysia
Advertisements

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon memuji mentaliti barisan pemain yang perlu menghadapi jadual padat bagi saingan Piala AFF Mitsibishi Electric 2022.

Selepas peroleh kemenangan pertama di bumi Myanmar pada hari Rabu yang lalu, skuad kebangsaan hanya mempunyai 2 hari sahaja untuk berehat sebelum menghadapi perlawanan kedua peringkat kumpulan pada hari Sabtu ini.

Jarak perlawanan yang singkat ditambah perjalanan dari Malaysia ke Myanmar antara cabaran yang perlu dihadapi pemain untuk terus mengekalkan kecergasan fizikal dan mental.

Advertisements

“Saya merasakan Piala AFF mempunyai jadual yang padat menyebabkan barisan pemain dalam keadaan penat dengan terpaksa menghadapi perjalanan pergi dan balik dari negara ke negara yang lain dalam masa yang singkat.

“Akan tetapi, barisan pemain berjaya menghadapinya dengan profesional dan menunjukkan mentaliti yang luar biasa.

Jurulatih berusia 53 tahun itu menyatakan bahawa setakat ini tiada perkembangan mengenai status kecederaan pemain kerana laporan lengkap masih belum diterimanya.

Advertisements

Namun, beliau tetap berharap agar pemain-pemain tersebut tidak mengalami kecederaan yang serius.

“Kita baru sahaja pulang dari Myanmar, sekarang kami fokus pada sesi pemulihan dan ada beberapa pemain yang mengalami kecederaan.

“Kami sudah menghantar mereka ke Hospital pagi tadi untuk tindakan lanjut dan kami sedang menunggu laporan daripada mereka.

Advertisements

“Saya berharap semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya dalam sidang media pra perlawanan dipetik daripada Harimau Malaya Youtube.

Kim Pan-gon bagaimanapun tetap positif dan yakin dengan semangat setiap pemain untuk memburu kemenangan kedua dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan B.

Harimau Malaya akan menentang Laos pada Sabtu ini di Stadium Bukit Jalil jam 8:30 malam.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram