Kim Pan-gon Punya Pasal, Safiq Rahim Pernah Jadi Penyerang
Blog
FAM Official
Advertisements

Sejarah telah tercatat apabila pasukan Malaysia mudah ditewaskan Hong Kong dengan keputusan 0-2 pada tahun 2017 dalam aksi Kelayakan Piala Asia AFC 2019.

Hong Kong ketika itu dilatih oleh Kim Pan-gon yang kini menjadi jurulatih Harimau Malaya manakala skuad negara ketika itu dilatih oleh Nelo Vingada atau lebih dikenali dengan jolokan ‘The Professor’.

Kekalahan 0-2 kepada Hong Kong itu juga menyaksikan Vingada melakukan kejutan apabila meletakkan pemain tengah JDT, Safiq Rahim selaku penggempur utama. Ianya agak aneh kerana Malaysia mempunyai Darren Lok ketika itu di bangku simpanan.

Advertisements

Safiq yang juga kapten pasukan Harimau Malaya hanya mampu menjadi penggempur utama skuad negara sehingga minit ke-39 sahaja. Ianya kerana Safiq dilayangkan kad merah kerana memijak kaki pihak lawan dalam perebutan bola.

Selepas ketinggalan 0-1 kepada Hong Kong, barulah Vingada membuat keputusan untuk membawa masuk ‘penyerang tulen’ negara iaitu, Darren Lok. Namun ianya agak sukar untuk bangkit buat skuad negara yang terpaksa beraksi sepuluh pemain dan beraksi di hadapan ribuan penyokong Hong Kong.

Perlawanan yang berakhir dengan kekalahan 0-2 itu pasti mekar di ingatan peminat-peminat bola sepak tanah air yang pada ketika itu menantikan ‘magis’ dari Nelo Vingada yang dikatakan sarat dengan pengalaman. Namun karier Vingada tidak bertahan lama apabila hanya sempat mengendalikan enam perlawanan melibatkan skuad Harimau Malaya.

Advertisements

Daripada enam perlawanan tersebut, tiada kemenangan dicatatkan. Hanya dua keputusan seri dan empat kekalahan.

Kini 5 tahun sudah berlalu, Kim Pan-gon sudah pastinya ada rencana tersendiri untuk membentuk pasukan negara. Sudah pasti, ‘tragedi’ meletakkan Safiq Rahim sebagai penggempur utama tidak akan berulang lagi.

Perlawanan yang menyaksikan Safiq Rahim menjadi penyerang boleh tonton di bawah.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram