Kim Pan-gon Dah Siap Pelan Khas Setiap Pemain Harimau Malaya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements


Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon melalukan persediaan yang cukup rapi dalam usaha untuk membentuk gandingan terbaik menjelang Kelayakan Piala Asia, Jun ini.

Usaha gigih yang dilakukan oleh pengendali Harimau Malaya ini jelas mendapat respon yang cukup baik oleh para pemain yang dipanggil untuk menjayakan kempen kali ini.

Menurut satu kenyataan oleh pertahanan tengah negara, Junior Eldstal, beliau melihat ianya sebagai salah satu proses untuk memperkuatkan pasukan.

Advertisements

Malah, pertahanan berusia 31 tahun ini juga merasakan Pan-gon sangat teliti dari segi pemilihan pemain yang dipanggil pada sesi latihan pusat menjelang perlawanan persahabatan menentang Brunei dan juga Hong Kong.

“Beliau (Pan-gon) telah mengadakan sesi zoom call selama dua jam bersama saya.”

“Beliau menerangkan tentang bagaimana beliau ingin saya bermain dalam sistemnya.”

Advertisements

Junior sebelum ini menjadi watak utama bersama Chonburi FC terpaksa disisihkan akibat kecederaan.

Namun begitu, beliau kini sudah kembali cergas sepenuhnya dan bersedia sekiranya diberi peluang untuk beraksi.

Pengendali kelahiran Korea Selatan ini juga pernah menyatakan dalam satu temubual bahawa beliau memilih pemain berdasarkan penerapan taktikal yang bakal digunakan.

Advertisements

Malaysia bakal berdepan dengan cabaran Bahrain, Turkmenistan dan juga Bangladesh dalam usaha untuk merebut satu slot automatik kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram