Semua Pemain Berkualiti, Kim Pan-gon Tak Takut Buat Perubahan Hadapi Tajikistan
Dunia
Haziq / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberi bayangan bahawa beliau akan melakukan perubahan menentang Tajikistan pada final King’s Cup esok.

Pengendali berusia 53 tahun itu memuji kualiti yang dimiliki oleh anak didiknya yang sentiasa bersedia tatkala diberikan peluang untuk beraksi.

Katanya, pemain Harimau Malaya memiliki mentaliti yang amat baik dan kemampuan yang mampu memberikan sesuatu di atas padang.

Advertisements

Sungguhpun berdepan lawan yang berada pada kedudukan yang lebih tinggi, beliau tetap mahu melihat aksi yang terbaik ditampilkan oleh para pemainnya.

“Kita memiliki pemain yang baik untuk beraksi dan berkeyakinan tinggi.”

“Ya kamu boleh jangkakan bahawa akan ada beri peluang muka baharu main pada final kali ini,” katanya kepada MakanBola.

Advertisements

Sungguhpun turun dalam misi memburu piala, Pan-gon optimis dengan persediaan Malaysia bagi berdepan sebarang kemungkinan sama ada beraksi hanya 90 minit atau ke penentuan penalti.

Harimau Malaya melangkah gah ke pentas akhir selepas mengatasi tuan rumah, Thailand menerusi penetuan sepakan penalti bagi bertemu Tajikistan esok.

Malaysia mahu segera menamatkan penantian 44 tahun dengan menjulang King’s Cup di bumi Chiang Mai kali ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram