Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menzahirkan keterujaannya terhadap barisan pemain muda yang dipanggil bagi memacu cabaran negara kali ini.
Pengendali berusia 54 tahun itu telah membuat keputusan untuk membawa beberapa orang muka baharu yang lebih segar bagi berdepan cabaran Thailand 22 September ini.
Katanya, beliau mahu menggunakan peluang ini untuk melihat kemampuan sebenar pemain masa depan negara untuk tampil bersama skuad senior.
“Saya mahu menggunakan peluang ini untuk menguji pemain muda.”
Bekas jurulatih Hong Kong ini yakin mereka mampu untuk menerapkan falsafah permainan yang dimahukannya sebaik mungkin dalam membentuk acuan terbaik untuk menghadapi beberapa kejohanan penting selepas ini.
“Saya juga tidak sabar untuk melihat kemampuan pemain muda dalam falsafah yang saya mahu terapkan.”
Sambil itu, Pan-gon kelihatan berpuas hati dengan barisan pemain yang mewakili Harimau Malaya kali ini sungguhpun kesuntukan masa untuk berlatih.
Malaysia bakal membuka tirai dalam Piala Raja Thailand menentang tuan rumah, Thailand 22 November ini sebelum berdepan dengan Trinidad & Tobago dan juga Tajikistan pada 25 September kelak.