Kim Swee Akui ‘Set Piece’ Pemusnah Ego Sabah
Dunia
officialsabahfc
Advertisements

Jurulatih Sabah FC, Ong Kim Swee menyifatkan kekalahan menentang Negeri Sembilan berpunca daripada satu ‘set piece‘ sahaja.

Jurulatih berusia 50 tahun itu sedar banyak peluang yang gagal disempurnakan barisan pemain sedangkan Sabah sememangnya menguasai perlawanan ketika itu.

“Kita tidak memanfaatkan peluang yang kita ada, di mana kita mengawal banyak situasi dan peluang. Malangnya, kita tidak dapat menyempurnakan termasuk sepakan penalti.

Advertisements

“Lebih mengecewakan apabila pasukan Negeri Sembilan mendapat gol melalui ‘set pieces’ dan sudah tentu ini satu tamparan kepada kita.

Dalam pada itu, Kim Swee juga menanggap kegagalan pemain import, Neto Pessoa menyempurnakan sepakan penalti sebagai perkara biasa dan beliau minta Neto diberi ruang untuk terus perbaiki sentuhan penyudahnya.

“Saya tahu ramai yang kecewa terutama sepakan penalti Neto yang gagal disudahkan dengan gol tetapi kita perlu beri dia peluang dalam dua atau tiga perlawanan untuk membuktikan kemampuannya.

Advertisements

“Saya percaya beliau mampu menjadi penjaring untuk pasukan kita,” kata Kim Swee kepada Berita Harian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram