Ong Kim Swee Anggap Kudrat Tempatan PJ City ‘Bukan Biasa-Biasa’
Dunia
Official Sabah FC
Advertisements

Jurulatih pasukan Sabah FC, Ong Kim Swee menganggap pasukan PJ City mempunyai kelebihan yang tersendiri ketika pasukan kendaliannya dijadualkan bertemu malam ini.

Bekas jurulatih pasukan kebangsaan ini mendedahkan, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pemain pasukan P. Maniam mampu untuk beraksi dengan baik di atas padang.

Antara salah satu sebab yang mendorong kepada persembahan yang cukup baik dipengaruhi oleh faktor pengalaman beraksi bersama skuad kebangsaan.

Advertisements

’Mereka (PJ City) mempunyai ramai pemain kebangsaan.’

Bukan itu sahaja, beliau turut mengakui bahawa faktor keserasian sebagai satu pasukan telah membawa kepada aksi yang cukup baik ditonjolkan oleh pasukan dari Lembah Klang ini.

’Walaupun PJ City terdiri daripada 100 peratus pemain tempatan, mereka telah bermain bersama selama tiga tahun, ’- Jelasnya kepada MFL.

Advertisements

Tambahnya lagi, PJ City tidak bermain di bawah tekanan dalam mana-mana perlawanan disebabkan kesungguhan untuk membuktikan bahawa kemampuan pemain tempatan mereka juga mampu memberikan yang terbaik.

Kim Swee mahu anak buahnya tampil dengan aksi yang lebih meyakinkan setelah ditundukkan oleh pasukan Negeri Sembilan tempoh hari.

Jurulatih berusia 52 tahun ini juga tidak mahu anak buahnya memandang rendah kemampuan lawannya itu sebaliknya mahu kekal berdisiplin ketika menyerang dan juga bertahan.

Advertisements

Sabah sudah pastinya mahu meraih 3 mata pertama pada musim ini sekaligus dapat memperbaiki kedudukan pasukan dalam liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram