Kim Swee Serik Kena ‘Scam’
Dunia
officialsabahfc
Advertisements

Pengendali Sabah, Dato’ Ong Kim Swee mengakui serik selepas kena ‘scam’ dua import di posisi serangan pada musim lalu dan berharap episod sama tidak berulang tatkala dia sedang mempersiapkan pasukan mengharungi musim baru lebih mencabar.

Tatkala pemain seperti Saddil Ramdani dan Park Tae-Su berjaya menambat hati, kelibat Neto Pesoa (Brazil) yang hadir pada awal musim dan penggantinya di pertengahan musim Jose Embalo (Guinea-Bissau) pula sangatlah mengecewakan malah sering menjadi sasaran kritikan penyokong.

Ini sekaligus menyaksikan Sabah terpaksa meletakkan sandaran di bahu pemain posisi lain untuk menjaringkan gol dalam laluan mereka menamatkan musim di tangga ketiga Liga Super dan semifinalis Piala Malaysia.

Advertisements

Selepas berjaya memancing penyerang nombor satu tempatan, Darren Lok, skuad tambadau kini sedang memburu pemain import untuk memperkasa serangan, namun Kim Swee tampak lebih berhati-hati agar hanya yang benar-benar berkualiti dibawa masuk.

“Sudah tentu, mana-mana pasukan inginkan penyerang berkaliber dalam pasukan tetapi musim lalu, semua orang boleh melihat kemampuan Sabah berada dalam kalangan empat pasukan teratas yang paling banyak menjaringkan gol.

Advertisements

“Bagaimanapun, bagi menghadapi musim baharu ini, kami sudah tentu mahu penyerang yang sempurna bagi menguatkan lagi aspek serangan namun saya tidak akan buat keputusan terburu-buru ekoran pintu pendaftaran masih berbaki dua bulan.

“Buat masa ini, kehadiran Darren sekurang-kurangnya sudah memberikan petanda yang positif kerana dia telah bergelar penjaring tempatan terbanyak Liga Super musim lalu dan diharapkan mampu meneruskan dengan apa yang dia lakukan sebelum ini,” kata Kim Swee.

Advertisements

Sebagai rekod, Darren Lok yang kini bersama Harimau Malaya mengharungi musim paling cemerlang dalam kariernya setelah meledak 12 gol secara keseluruhan bersama PJ City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram