Kiraan Sasaran Ranking Malaysia Pada Tahun 2026
Dunia
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Pasukan bola sepak Malaysia dilihat semakin mendaki ranking bola sepak dunia dengan yang terkini tambahan 4.73 mata berjaya dipungut selepas berakhirnya saingan King’s Cup di Thailand semalam.

Namun begitu kedudukan ranking Malaysia tidak dapat dipastikan lagi kenaikannya kerana ada beberapa negara lain yang masih belum selesai perlawanan persahabatan masing-masing.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam F:30 mensasarkan pasukan Malaysia untuk berada di kelompok 100 pasukan terbaik dunia menjelang tahun 2026. Adakah sasaran ini masih berada di landasan yang betul?

Advertisements

Melalui tinjauan di twitter, seorang pemerhati bola sepak yang dikenali dengan nama Juan Budiman, beliau melakukan perkiraan berapa banyak mata yang diperlukan oleh pasukan Malaysia jika ingin berada di kelompok 100 pasukan terbaik dunia.

Menurut Juan, perbezaan mata di antara Malaysia yang kini berada di ranking ke-148 dunia dengan pasukan Lubnan yang berada di ranking ke-100 dunia adalah sebanyak 154.12 mata.

Jadi sekurang-kurangnya Malaysia perlu memungut 39 mata setahun untuk merealisasikan sasaran untuk berada di kelompok 100 terbaik dunia. Ianya kelihatan sukar namun tidak mustahil untuk dilakukan.

Advertisements

Bagi negara Asia Tenggara, buat masa ini hanya Vietnam sahaja yang berjaya menempatkan diri di kedudukan 100 pasukan terbaik iaitu ke ranking ke-97 dunia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram