Ads
Dunia
Manchester United

Penyerang lagenda kelab Manchester United, Cristiano Ronaldo seakan tidak dapat menghadam apa yang sedang terjadi di kelabnya itu.

Advertisements

Kepulangan beliau ibarat kisah cinta berputik semula bertukar suram tatkala United melalui musim yang cukup memalukan dengan status selaku kelab gergasi di EPL.

Advertisements

Hal ini menyebabkan penyerang berusia 37 tahun itu berasa terkilan dengan persembahan rakan sepasukannya yang beraksi dengan begitu longlai sekaligus menyaksikan mereka terlepas slot ke pentas Liga Juara-Juara (UCL).

Advertisements

Advertisements

Bekas bintang sensasi di Real Madrid ini jelas tidak dapat menahan kekecewaan beliau selepas The Red Devils tewas 4-0 di tangan Brighton sebelum ini.

Menurut laporan oleh Manchester Evening News, Ronaldo yang sempat dirakam tersenyum saat melihat pasukannya dibolosi gol ke-4 semenangnya gagal mengawal perasaannya lagi.

Advertisements

Sejurus tamat perlawanan tersebut, beliau yang diiringi keluar dari stadium sambil dijemput oleh pemandu peribadinya itu memilih untuk masuk semula ke dalam bilik persalinan.

Beliau dikhabarkan akan keluar sebaik sahaja jurulatih telah meninggalakan kawasan tersebut kerana ingin bersendirian dan tidak mahu ditemani oleh sesiapa.

Advertisements

Perlawanan menentang Brighton itu juga menjadi perlawanan terakhir beliau selepas tidak diturunkan ketika menentang Crystal Palace pada perlawanan terakhir musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram