“Kita Bagi Peluang Syihan Buat Latihan” – K. Devan
Piala Malaysia
NSFC & JST
Advertisements

Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan bangga dengan prestasi yang ditampilkan anak buahnya dalam aksi suku akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT). 

Biarpun tewas 3-0, Devan menganggap pasukannya sudah berjaya memberi saingan kepada JDT sepanjang 90 minit permainan di atas padang. Beliau akui JDT merupakan lawan yang sukar, akan tetapi semangat juang yang ditunjukkan pemain NSFC wajar dipuji. 

Satu jaringan Arif Aiman Hanapi dan dua ledakan Bergson Da Silva memastikan JDT meraih kemenangan bergaya di Stadium Paroi pada kelmarin. 

Advertisements

 “Kita dah tunjuk kita boleh beri saingan lawan JDT. Kita tidak mahu mengaku kalah, itu yang saya kata kepada pemain, selepas 90 minit tamat permainan kita perlu bangga dengan diri kita, apa yang kita persembahkan di atas padang.”  

“Saya rasa mereka telah tunjuk bahawa kita boleh main, mungkin kualiti kita kurang sikit, tapi dari segi semangat dari segi disiplin, dari segi compactness defending, lepastu kita pergi counter attack.” 

Jurulatih berusia 56 tahun itu turut teruja apabila anak buahnya beberapa kali berjaya mencemaskan kubu pertahanan JDT sekaligus memberi isyarata kepada penjaga gol JDT, Ahmad Syihan Hazmi untuk bekerja keras atas padang. 

Advertisements

“Kita juga ada cipta peluang untuk jaringkan gol, kita juga buat peluang untuk Syihan buat latihan. Terbang sana, terbang sini. Kalau Syihan boleh terbang sana, terbang sini untuk selamatkan bola, itu membawa maksud kita ada dalam perlawanan,” ujar Devan kepada Astro Arena selepas tamat perlawanan. 

JDT dan Negeri Sembilan bakal beraksi dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim kelak. Bekalan tiga jaringan yang dimiliki JDT merupakan bekalan terbaik untuk juara bertahan itu meneruskan cabaran ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram