Dunia
PFAM
Advertisements

Dalam kehangatan isu gaji yang dilihat hampir selesai, bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali semalam memuat naik satu kenyataan menerusi hantaran di laman rasmi Instagramnya berkenaan isu kebajikan pemain sekaligus telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada peminat bola sepak tempatan.

Pemain Kuala Lumpur City ternyata mengikuti rapat perkembangan setiap pemain termasuklah isu kebajikan pemain. Lantaran itu, beliau menzahirkan rasa yang memeranjatkan atas kejadian yang berlaku kepada para pemain.

Sementara itu, beliau turut menyatakan dalam laman sosial miliknya “Pemain juga adalah manusia, kita kerah tenaga membanting tulang demi keluarga, rezeki masing-masing tuhan dah atur semua tu, yang pegang amanah di atas jalankan tanggungjawab baik-baik,”

Advertisements
ECE92C45 865E 4790 92C8 A0A4B784406B "Kita Kerah Tenaga, Membanting Tulang Demi Keluarga" - Safee Sali

Ayat yang diperkatakan pemain yang berusia 37 seolah-olah menggambarkan pertanyaan beliau kepada sesetengah pihak. Banyak perkara yang menarik perhatian sekaligus mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya dalam kalangan penyokong.

Ulasan Safee itu menggambarkan situasi yang diperlihat begitu sensitif dan mengharapkan perkara ini diselesaikan dengan segera.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram