“Kita Perlukan Pemain Baru” – Jurgen Klopp
EPL
Liverpool FC
Advertisements

Kemenangan 7-0 ke atas Manchester United pada minggu lepas mendedahkan kemajuan dua pemain tengah muda Liverpool, Harvey Elliott dan Stefan Bajcetic. Bagaimanapun, menurut pengurus Jurgen Klopp, itu tidak akan menghalang Reds daripada membeli pemain baru pada musim panas ini.

Ini kerana sebahagian pemain yang tamat kontrak bakal meninggalkan kelab pada akhir musim. Antara yang dilihat akan berbuat demikian ialah Naby Keita, Alex Oxlade-Chamberlain, James Milner dan Roberto Firmino.

Firmino sudah menyatakan bakal meninggalkan Anfield pada akhir musim. Keadaan ini memerlukan Klopp menggerakkan kempen pembinaan semula pasukan untuk saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim hadapan.

Advertisements

“Tidak, kita tahu apa yang kita perlukan dan itu tidak berubah. Tapi saya tidak kata apabila kita mulakan langkah ini, saya tak tahu, September atau Oktober, bahawa Stefan (Bajcetic) akan terlibat tetapi sekarang ya. Ianya gila kalau dia tak terlibat.

“Harvey (Elliott) sentiasa menjadi sebahagian (daripada pasukan). Dia pemain hebat dan dia amat gembira. Dia perlu menambahbaik sedikit dari segi pertahanan tetapi dari segi menyerang, sumbangannya menarik kepada pasukan di posisi dia bermain.

“Dia sangat baik dengan teknik yang baik yang tiada kena mengena dengan (rancangan kita). Kita perlukan pemain baru. Kita tidak boleh harungi musim dengan hanya tiga pemain tengah,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan Bournemouth-Liverpool semalam.

Advertisements

Antara pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield ialah pemain tengah Borussia Dortmund, Jude Bellingham. Bagaimanapun, ia bergantung juga kepada kedudukan Liverpool pada akhir musim ini.

Sekiranya Reds menamatkan musim di luar kedudukan empat teratas, ia bakal memberi kesan kepada usaha Klopp memburu Bellingham pada musim panas ini.

Satu lagi halangan buat bekas pengurus Dortmund itu ialah ketegasan pemilik Liverpool, Fenway Sports Group (FSG) yang mahu memastikan kedudukan kewangan kelab dalam keadaan kukuh. Hal ini ditegaskan oleh ketua FSG, John W. Henry beberapa hari lepas.

Advertisements

“Kita akan terus membangunkan Kelab Bola Sepak Liverpool secara bertanggungjawab. Kita sudah melihat banyak kelab bola sepak (termasuk Liverpool di bawah rejim pemilik sebelumnya) jatuh akibat perbelanjaan yang kurang bijak.

“Kita akan terus memberi fokus kepada pelaburan bijak dalam pasaran perpindahan dan kita amat bangga dengan pasukan ini,” katanya dalam temubual bersama akhbar Liverpool Echo.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram