Kuala Lumpur City (KL City) berjaya memperoleh nilai subsidi perjalanan keseluruhan sebanyak $120,000 selepas berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFC 2022.
Subsidi yang diperoleh adalah untuk perlawanan kalah mati bertemu wakil Vietnam, Viettel di tempat lawan, wakil India, Mohun Bagan di Stadium Salt Lake dan wakil Uzbekistan, Sogdiana di Stadium So’g’diyona, Uzbekistan.
Mereka juga berjaya memperoleh habuan sebanyak $100,000 selepas bergelar juara ASEAN (Zonal) menewaskan PSM Makassar 5-2 di Stadium Kuala Lumpur pada 24 Ogos lalu menjadi jumlah keseluruhan dana yang diterima dari AFC kepada nilai mencecah $220,000.
Kini KL City berpeluang menambah koleksi hadiah sebanyak $1.5 juta jika berjaya menewaskan wakil Oman, Al-Seeb 22 Oktober ini atau $750,000 jika tewas.
Mereka berpeluang memperoleh $1.72 juta (RM7.9 juta) jumlah keseluruhan jika bergelar juara Piala AFC atau $970,000 jika bergelar naib juara Piala AFC 2022.
Kuala Lumpur City akan bertemu Al-Seeb untuk perlawanan akhir Piala AFC 2022 yang dijadulkan berlangsung 22 Oktober ini yang berkemungkinan besar diadakan di Stadium Kuala Lumpur.