Liga Super: KL City Pamer Aksi Bertenaga Benam Cabaran Negeri Sembilan
Dunia
MakanBola
KL City Football
Advertisements

Perlawanan Liga Super ke-17 menyaksikan pertembungan antara pasukan Kuala Lumpur City FC menentang Negeri Sembilan FC yang berlangsung dengan cukup sengit hari ini.

Skuad Hobin Jang Hobin turun dengan misi besar ke Stadium Cheras nyata tidak memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri.

Advertisements

Percubaan demi percubaan hadir oleh anak didik K.Devan dengan satu sepakan percuma pada awal permainan hampir mengejutkan tuan rumah.

Kapten pasukan, Zaquan Adha juga hampir-hampir menjaringkan gol pembukaan selepas gerakan menarik dari sebelah kiri padang gagal dibaca dengan namun rembatannya berjaya dihalang oleh Kevin Mendoza.

Advertisements

KL City yang sesekali hadir dengan percubaan masih tidak dapat menguji pintu gol yang dikawal oleh Syihan Hazmi.

Peluang terbaik buat KL City daripada sepakan sudut diterjemahkan kepada gol oleh kapten pasukan, Paulo Josue untuk meletakkan pasukan di hadapan.

Advertisements

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan seimbang melakukan serangan namun The City Boys jelas lebih mendominasi perlawanan.

Advertisements

Anak didik K. Devan berpeluang untuk memperoleh gol penyamaan menerusi sepakan percuma namun ia sedikit terkena benteng pertahanan.

Usaha untuk menjaringkan gol oleh pasukan pelawat terhalang dengan kecekapan Kevin Ray Mendoza.

Advertisements

Keputusan ini kekal hingga wisel penamat sekaligus menyaksikan KL membawa pulang 3 mata berharga sekaligus menghampiri slot top 4 bagi saingan pentas Asia tahun hadapan.

News Comments Account