Liga Super: KL City Buat Penang Terkulai Layu Di Cheras
Dunia
kuala lumpur city fc
Advertisements

Perlawanan malam ini menyaksikan KL City melayan kunjungan Penang FC yang berkesudahan dengan keputusan 3-2.

Pada minit ke-15 minit permainan, Paulo Jouse gagal memberi kelebihan buat KL City selepas sepakan penaltinya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Penang FC, Khatul Anuar.

Sepakan rendah daripada J. Partiban membuka jaringan pertama buat KL City selepas menerima lorongan baik Akram Mahinan dalam kotak penalti pada minit ke-43 permainan.

Advertisements

KL City menjarakkan lagi kedudukan jaringan menerusi Romal Morales yang berjaya menyudahkan hantaran kemas daripada Paulo Jouse. 

Pada minit ke-77, Zhafri Yahya menggandakan lagi jaringan ketiga buat KL City dengan sepakan voli berjaya menewaskan Khatul Anuar.

Selang dua minit permainan, Penang kembali merapatkan kedudukan menerusi sepakan sudut penalti yang mudah disempurnakan Endrick Dos Santos. 

Advertisements

Pemain import Penang, Hilal El-Helwe berjaya menjaringkan gol kedua apabila sepakan deras dilakukan gagal diselamatkan oleh penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza.

Empat minit masa tambahan diberikan tidak mampu mengubah keputusan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram