Ads
MFL
MFL

Pasukan KL City FC Extension mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Piala MFL 2024/25 apabila menewaskan Sabah FC II di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Advertisements

KL City Extension mahu meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Penang FC 2-1 pada 17 Julai lalu. Sementara Sabah II pula mengharapkan magis jurulatih baru, Alto Linus untuk membantu mereka merekodkan kemenangan pertama musim ini.

Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan KL City Extension berusaha menembusi gawang Sabah menerusi Abdul Afiq Hilman Abd Halim.

Advertisements

Advertisements

Keadaan ini memaksa barisan pertahanan Sabah II diketuai pemain import Australia-Greece, Haris Stamboulidis bekerja keras menyerap asakan tuan rumah.

Gawang skuad muda Badak bocor juga pada minit ke-29 menerusi kapten dan bek tengah The City Boys, Khairul Naim Zainal Abidin.

Advertisements

KL City Extension berusaha menggandakan kelebihan jaringan mereka tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, KL City Extension yang dibimbing Nidzam Adzha Yusoff terus berusaha menggempur kubu Sabah II.

Nidzam memasukkan Amreel Iqbal Hafiz dan Amirul Aiman Ibrahim untuk memantapkan lagi pemburuan gol barisan tuan rumah.

Gol yang dicari-cari akhirnya hadir pada minit ke-76 menerusi penyerang kebangsaan, Haqimi Azim Rosli. Haqimi yang masuk pada minit ke-64 meledakkan gol kedua melepasi penjaga gol Sabah II, Henry Smith Ampuling.

Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus menyaksikan KL City Extension menduduki tempat ketiga Piala MFL dengan 12 mata. Sementara Sabah II terus kekal di kelompok tercorot.

Advertisements

Untuk aksi seterusnya, hanya Sabah II saja yang akan beraksi dengan KL City Extension pula berehat. Sabah II akan turun menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) B pada 29 Julai ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram