KL City Kekalkan 95% Skuad Sedia Ada,  Sedang Berunding Untuk ‘Pancing’ Azri Ghani
Dunia
klcityfootball
Advertisements

Dalam satu ciapan di Twitter wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menyatakan bahawa pasukan KL City FC akan mengekalkan 95% skuad sedia ada untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Beberapa nama besar dalam pasukan KL City seperti Akram Mahinan dan Zhafri Yahya antara yang dikekalkan. Tidak ketinggalan, pertahanan kacukan Malaysia/Australia, Ryan Edward Lambert terus setia bersama pasukan Kuala Lumpur bagi saingan Liga Malaysia 2022.

Penjaring terbanyak Piala Malaysia, Romel Morales turut ditawarkan perlanjutan kontrak bersama pasukan KL City. Langkah awal KL City ini wajar dipuji agar Romel terus kekal dan tidak disambar pasukan-pasukan lain.

Advertisements

Dalam pada itu, penjaga gol muda berbakat, Azri Ghani telah mencapai persetujuan untuk menamatkan baki satu tahun kontrak bersama Perak FC. Perkara ini dikongsikan Zulhelmi di laman Twitter miliknya. Azri juga difahamkan sedang dalam perbincangan bersama KL City FC untuk cabaran musim depan.

Skuad Bojan Hodak bagaimanapun berjaya menamatkan saingan Liga Super di kedudukan keenam selepas mengharungi 22 perlawanan. Pasukan KL City kini terus mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia yang bakal berdepan Melaka United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram