KL City Lonjak AFC MA Ranking Malaysia Pintas UAE
Dunia
AFC
Advertisements

Kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC dalam perlawanan separuh akhir antara zon semalam telah melonjakkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia.

Pertemuan menentang wakil India, ATK Mohun Bagan menyaksikan anak didik Bojan mencipta kejutan apabila menang dengan keputusan 3-1.

Jaringan pembukaan yang disudahkan oleh kapten pasukan, Paulo Josue sebelum dua jaringan dramatik pada akhir permainan menoktahkan kemenangan buat The City Boys.

Advertisements

Rentetan daripada itu, kemenangan bersejarah KL City ini telah menyumbang mata yang cukup penting untuk melonjakkan kedudukan kelab di Malaysia.

Umum mengetahui bahawa prestasi memukau pasukan JDT di pentas ACL kali ini telah menjadikan mereka sebagai penyumbang terbesar kepada mata AFC MA Ranking Malaysia sebanyak 16 mata.

Walau bagaimanapun, KL City juga turut bertanggungjawab dengan kejayaan ini sekaligus mengangkat kedudukan Malaysia yang kini semakin baik dan setanding dengan nama besar yang lain.

Advertisements

Berdasarkan kedudukan terbaru yang dikeluarkan oleh Footy Rankings, Malaysia kini mengumpul 22.005 mata pada tahun 2022 sekaligus menyaksikan mata keseluruhan yang berjaya dikumpul adalah sebanyak 49.722.

Kejayaan ini juga telah membantu Malaysia untuk memintas kedudukan UAE untuk berada pada kedudukan ke-8 dalam kedudukan negara di Asia.

Malaysia juga kini mengukuhkan kedudukan di tempat pertama di rantau Asia Tenggara dan mengatasi kuasa besar seperti Thailand, Vietnam dan lain-lain.

Advertisements

Kedudukan Malaysia dengan pungutan mata yang dibantu oleh kecemerlangan kelab dan juga persembahan negara menyaksikan Malaysia memperoleh slot 2+2 di pentas ACL musim 24/25 kelak.

Prestasi cemerlang KL City yang kini sudah pun mengesahkan slot ke pentas akhir kelal ditagih bagi menjulang nama Malaysia untuk menjadi salah sebuah gergasi di Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram