Kuala Lumpur City FC meminta pengecualian dua bintang mereka daripa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) daripada tugasan antarabangsa September ini.
Hal ini difahamkan apabila skuad The City Boys tidak mempunyai pemain yang mencukupi untuk menempuh beberapa perlawanan yang akan diadakan serentak dengan tugasan Harimau Malaya.
Menerusi satu ciapan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, beliau memaklumkan bahawa ada permohonan yang dilakukan oleh pihak KL City kepada FAM.
Hal ini susulan dua daripada pemain mereka iaitu perancang tengah, Zhafri Yahya dan juga Declan Lambert yang terpilih untuk menjalani latihan kem kebangsaan.
Kim Pan-gon juga dilihat berminat untuk mencuba dua pemain baharu ini bagi membentu gandingan mantap buat Harimau Malaya.
Namun begitu, Zhafri dan Declan mungkin terpaksa melupakan hasrat mereka dan memberikan komitmen untuk membantu pasukan dalam usaha mara dengan lebih jauh di pentas AFC.
KL City dilihat amat memerlukan khidmat dua pemain ini bagi memastikan mereka dapat terus memperbaiki kedudukan ke tahap yang lebih baik.