KL City Sedia Lepaskan Bojan Hodak
Dunia
MFL
Advertisements

Menurut laporan daripada Sinar Harian, Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC, Stanley Bernard telah menyatakan kesediaan KL City FC untuk melepaskan Bojan Hodak jika beliau dilantik oleh FAM untuk mengendali skuad Harimau Malaya.

Stanley Bernard menjelaskan keputusan yang terbaik ini diberikan oleh KL City FC kepada jurulatih kelahiran Croatia adalah hasil perbincangan beliau bersama Bojan Hodak.

Dalam pada itu, Stanley turut menyatakan hasrat Bojan Hodak yang sudah lama terpendam untuk membimbing pasukan kebangsaan satu hari nanti akan tercapai.

Advertisements

“Kami telah adakan perbincangan dengan Bojan berhubung perkara berkenaan semalam (Isnin) dan bagi saya, perbincangan itu telah berlangsung dengan telus dan harmoni.”

“Memang dari dulu lagi kami telah berbincang mengenai perkara ini yang mana saya memang ada bertanya kepadanya apakah cita-citanya dalam bola sepak. Kata Bojan, memang menjadi impiannya untuk melatih pasukan negara.”

“Sekiranya benar beliau mendapat panggilan (tawaran membimbing skuad negara), saya memang sokong dan saya tidak akan menghalang beliau meninggalkan KL City,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.”

Advertisements

Hal ini menjadi tumpuan buat media selepas perletakkan jawatan Tan Cheng Hoe kerana masing-masing tertanya siapakah bakal mengemudi skuad Harimau Malaya selepas ini.

Untuk rekod, Bojan Hodak berpengalaman mengemudi pasukan B-19 selama 2 tahun dan beliau juga tidak disambungkan kontrak oleh FAM.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram