KL Rovers Bakal Dijual
Liga M3
KL Rovers
Advertisements

Status pasukan Liga M3, KL Rovers telah mendapat jawapan daripada pihat atasan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini dijawab oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad ketika sesi sidang media di Stadium KLFA pada Jumaat.

Beliau berkata, KL Rovers yang berada di naungan KLFA bakal dilepaskan memandangkan mereka berkemungkinan besar bakal layak bermain di Liga Super musim hadapan atas tiket naib juara Liga M3.

Advertisements

”Difahamkan, Imigresen FC dah buat keputusan bahawa tak akan masuk Liga Super, jadi kita (KL Rovers) nombor dua, kita sepatutnya terus dapat kedudukan untuk masuk ke Liga Super,” ujar beliau kepada pihak media.

“Pasukan ini (KL Rovers) kita (KLFA) tak boleh jaga, kita boleh jual.”

Advertisements

Katanya lagi, keuntungan yang diperoleh daripada penjualan KL Rovers boleh menampung sedikit masalah tunggakan yang dialami KLFA.

“Jadi bila kita jual, kita boleh dapat balik apa yang kita sudah laburkan, kemudian kita boleh guna untuk lunaskan tunggakan kita,” katanya yang menjawat jawatan Presiden KLFA sejak 2019.

Advertisements

Apabila ditanya mengenai pihak yang berminat untuk membeli KL Rovers, beliau berkata terdapat beberapa pihak yang berminat namun sesi rundingan masih berjalan buat masa ini.

”Ada, ada yang cakap berminat tapi buat setakat ini, berdasarkan pengalaman kita sepanjang 3-4 tahun ini, cakap ini kadangkala tak boleh pakai,”

Advertisements

Ada dua-tiga (entiti) tapi saya tak boleh cakap siapa, tapi memang ada, pasal bila dah dapat lesen Liga Super itu, saya rasa semua berebut untuk membeli.”

KL Rovers menamatkan saingan Liga M3 2023 di tempat kedua dengan 54 mata, satu mata di belakang juara, Imigresen FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram