Klausa Kontrak Halang Filippo Inzaghi Daripada Dipecat Di Brescia
Eropah
Ciro de Luca/Reuters
Advertisements

Tidak kira siapa anda, pengurus yang ada nama atau pengurus baru, jika pemilik kelab Massimo Cellino mahu memecat anda, tiada siapa boleh menghalang. Jadi, siapa sangka klausa kontrak menghalang bekas pemilik Leeds United dan Cagliari daripada memecat pengurus Brescia dan penyerang legenda Itali, Filippo Inzaghi.

Mengikut klausa yang tercatat dalam kontrak yang dimeterai antara Inzaghi dengan Brescia, beliau tidak boleh dipecat selagi mana kelab berada di kedudukan lapan teratas liga. Dengan Rondinelle berada di kedudukan ketiga dan pendahulu Lecce tewas di Benevento, kelab berada di kedudukan terbaik untuk merampas kedudukan pendahulu liga.

Bagaimanapun, mengikut laporan media, Inzaghi dan Cellino dikatakan bertelagah dan itu sudah cukup untuk mendorongnya memecat bekas penyerang A.C Milan itu. Diego Lopez yang sebelum ini mengemudi kelab sebanyak dua kali pada 2020 dicadang sebagai pengganti.

Advertisements

Bagaimanapun, Brescia membuat pusingan-U pada tengah hari Selasa. Menurut pengarah sukan Francesco Marroccu, Rondinelle tidak terfikir sekalipun untuk memecat Inzaghi. Keesokan harinya, Cellino dan bekas pengurus Rossoneri itu berbaik semula.

Bagi yang biasa mengikuti Leeds United dan Cagliari, semua tahu perangai beliau yang suka memecat pengurus. Dalam tempoh 22 tahunnya bersama Cagliari, 36 perlantikan pengurus dibuat. Sementara di Elland Road, Brian McDermott, David Hockaday, Darko Milanic, Neil Redfearn, Steve Evans dan Garry Monk pula sudah merasa dipecat Cellino.

Dengan Brescia bakal bertembung dengan Alessandria untuk perlawanan Serie B minggu ini, ramai mengharapkan kekecohan ini tidak mengganggu fokus pasukan. Malah, ia diharap menjadi pembakar semangat anak-anak buah Inzaghi untuk membawa kelab kembali ke Serie A.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram