Liga Super: KL City Jinakkan Sri Pahang di Darul Makmur
Dunia
Photo: Youtube unifi
Advertisements

Sri Pahang terkulai di di halaman sendiri selepas tewas 0-2 kepada KL City dalam saingan Liga Super 2021.

Sri Pahang yang beraksi di gelanggang sendiri turun tanpa kelibat penyerang tinggi lampai mereka iaitu Kenny Athiu yang berada di bangku simpanan manakala Kuala Lumpur City FC turun tanpa penyerang tulen dan menyandarkan harapan kepada Romel Morales untuk mencari gol.

5 minit pertama berlangsung benteng Sri Pahang agak cemas dengan serangan bertalu-talu dari barisan pemain KL City namun kecemerlangan penjaga gol, Daniel Wafiuddin berjaya menafikan jaringan awal oleh KL City.

Advertisements

Selepas beberapa percubaan awal yang dilakukan oleh KL City, perlawanan kelihatan agak perlahan yang mana banyak bola berlegar di kawasan tengah padang. Cara permainan Sri Pahang juga boleh dipersoalkan kerana banyak bola dirampas dengan mudah oleh pemain KL City.

Peluang terbaik Sri Pahang hadir pada minit ke-35 apabila gerakan menarik dari Manuel Hidalgo dapat mencari Baqiuddin namun rembatan itu dihalang oleh penjaga gol KL City, Kevin Mendoza. KL City pantas melakukan serangan balas namun rembatan Partiban ditepis oleh Wafiuddin di gawang gol Sri Pahang.

Advertisements

Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan terikat tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, KL City berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-49. Segalanya bermula dari kesilapan pemain tengah import Sri Pahang, Yakubu Abubakar yang hilang bola di bahagian tengah. J.Partiban yang menerima bola hasil serangan balas berjaya melakukan hantaran ke dalam kotak penalti. Walaupun bola dapat dihadang oleh Herold Goulon, namun Paulo Josue bijak mengumpan bola kepada Romel Morales yang merembat masuk untuk gol pendahuluan KL City.

Advertisements

Selepas gol tersebut, Sri Pahang cuba melakukan gerakan-gerakan menyerang terutamanya dari Manuel Hidalgo yang kelihatan bekerja keras dalam perlawanan ini.

Pada minit ke-70, KL City menambah luka Sri Pahang dengan gol kedua dan  J.Partiban sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Sri Pahang apabila hantaran beliau berjaya mencari Zhafri Yahya yang mudah melakukan ‘tap-in’ mudah ketika Daniel Wafiuddin sudah pun tertewas. KL City mendahului tuan rumah Sri Pahang dengan kedudukan 2-0.

Advertisements

Sri Pahang kelihatan sangat tumpul di bahagian hadapan. Kenny Athiu yang dibawa masuk juga tidak banyak membantu bahagian serangan Sri Pahang. Mereka kelihatan bernyawa dengan gerakan-gerakan dari Manuel Hidalgo yang menyajikan aksi bertenaga sepanjang perlawanan walaupun kerap menjadi mangsa kekasaran.

Pada minit ke-80, KL City hampir menggandakan kedudukan namun rembatan deras Romel Morales tepat ke arah penjaga gol.

Perlawanan tamat dengan KL City berjaya menewaskan pasukan tuan rumah Sri Pahang dengan kedudukan 2-0 dan membawa pulang 3 mata berharga.

Sumber gambar dari SRI PAHANG FC vs KUALA LUMPUR CITY FC | LIGA SUPER 2021

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram