Kobe Chong Bantu AFC Telford Atasi Kings Langley

Kobe Chong Kobe Chong Bantu AFC Telford Atasi Kings Langley
Foto: AFC Telford
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Pemain kacukan Malaysia-England, Kobe Chong terus membuktikan kebolehan sebenadnya apabila memainkan peranan yang cukup penting ketika membantu AFC Telford United menewaskan Kings Langley semalam.

Beliau yang kini mengembangkan karier bersama pasukan divisyen 6 England itu membuktikan kebolehan beliau bersama pasukan.

Pemain berusia 21 tahun itu mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan apabila diturunkan dalam kesebelaan utama pasukan dengan lebih kerap.

Kobe membuktikan impaknya dengan baik apabila menjadi watak penting buat Telford United bangkit daripada ketinggalan dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-31.

Mereka berjaya memperoleh gol kedua pada akhir permainan sekaligus mengesahkan 3 mata buat pasukan dalam aksi Piala FA pusingan kedua itu.

Kobe dijangka terus mendapat tempat dalam pasukan dengan kualitinya bakal mnejadi kunci buat pasukan yang kini menghuni tangga tercorot liga.