Pemain tengah pasukan Peterborough United, Kobe Chong dikhabarkan tidak akan bersama pasukannya menjelang musim baharu.
Bintang dalam pembikinan ini dilaporkan tidak berada dalam perancangan pasukan liga kedua ini sungguhpun sudah hampir 2 tahun di kelab tersebut secara perpindahan percuma sebelum ini.
Pemain berusia 20 tahun ini mempunyai kebolehan untuk bermain di posisi seperti pemain tengah dan juga pemain tengah menyerang ini tidak lagi bersama pasukan musim panas ini.
Menurut laporan The Telegraph, keputusan itu dibuat menjelang jendela perpindahan musim panas Jun ini sekaligus mencetuskan tanda tanya ke mana hala tuju pemain ini .
Beliau dilaporkan telah dilepaskan ke kelab lain bersama-sama tiga orang lagi pemain untuk memberi ruang kepada pemain baharu.
Ini juga menimbulkan seribu satu persoalan sama ada beliau bakal kembali ke negara asalnya iaitu Malaysia dan memperkuat salah satu pasukan di sini.
Pengalaman dan kemampuannya bermain di liga terbesar Eropah termasuklah bersama pasukan bawah 17 tahun Cagliari pastinya ditagih untuk memantapkan lagi pasukan.