Pemain Kacukan Malaysia, Kobe Jae Chong Bakal Beraksi Di EFL Championship
Dunia
Photo: Twitter KJC
Advertisements

Pemain muda yang mempunyai darah campuran Malaysia-Jamaica, Kobe Jae Chong sah menyertai kelab Peterborough United yang beraksi di EFL Championship iaitu liga divisyen kedua England. Kobe bermain di posisi pemain tengah dan baru berusia 20 tahun.

Kobe yang sebelum ini menjalani trial bersama Peterborough berjaya menambat hati pengurusan kelab dan telah ditawarkan kontrak profesional. Peterborough kini berada ditangga ke-17 liga selepas meraih 1 menang, 1 seri dan 2 kalah dalam 4 perlawanan pertama.

Berita mengenai perpindahan Kobe ke Peterborough ini pasti menggembirakan para penyokong bola sepak Malaysia apabila beliau bakal beraksi di liga divisyen kedua tertinggi di England. Kobe mula dikenali sebelum ini selepas bermain bersama kelab Cagliari bawah 17.

Advertisements

Malah Kobe pernah dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan Malaysia B-19 namun terpaksa melupakan hasrat tersebut disebabkan isu kuarantin ekoran pandemik Covid-19. Kobe juga pernah menyuarakan hasrat untuk mewakili skuad kebangsaan Malaysia malah beliau turut meletakkan bendera Malaysia di bio Twitter beliau .

Semoga perpindahan Kobe Jae Chong ke Peterborough United mampu meningkatkan lagi karier beliau dalam bola sepak. Namun status Kobe bersama skuad kebangsaan Malaysia bakal bergantung kepada percaturan taktikal Tan Cheng Hoe.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram