Advertising
Kobe Jae Chong Pamer Kecemerlangan Di Barwell FC
MakanBola
Kobe Jae Chong

Kobe Jae Chong kini mempamerkan kecemerlangan di Barwell FC apabila mencatat 11 gol dan bantuan jaringan pada musim ini.

Pemain warisan Malaysia ini pantas menyesuaikan diri buat pasukan Barwell yang berada dalam saingan Southern League Premier Division Central.

Ad

Baru-baru ini, Kobe mencetak 1 bantuan jaringan dan membantu Barwell mengikat Alvechurch FC 2-2.

Ad

Kini pemain berusia 22 tahun ini telah menjaringkan 5 gol serta mencatat 6 bantuan jaringan dalam 14 penampilan buat Barwell FC.

Kobe Chong sebelum ini telah membuat satu hantaran dilaman Instagram miliknya yang memberi petanda bahawa beliau bakal memperkuatkan pasukan kebangsaan Malaysia.

Ad
kobe jae chong barwell Kobe Jae Chong Pamer Kecemerlangan Di Barwell FC
Barwell FC

Dalam Sesi Townhall bersama Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Jun 2023, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata proses pendokumentasian dua pemain warisan iaitu Kobe Chong dan Richard Chin bakal siap tidak lama lagi.

Ad

Richard Chin kini sudah bergelar pemain Malaysia dan telah menyertai kem latihan skuad bawah 23 tahun negara pada tahun lalu.

Ad

Namun status pemain kacukan Malaysia/England, Kobe Chong masih belum dimuktamadkan ketika ini.

Jika Kobe Chong sah bergelar pemain Malaysia, beliau berkemungkinan besar berpeluang dipanggil menyertai skuad bawah 23 tahun negara memandangkan Kobe Chong masih belum mencapai umur 23 tahun.