Kobe Jae Chong: Saya Masih Menunggu Panggilan FAM
Dunia
Kobe Jae
Advertisements

Pemain muda berbakat kelahiran Malaysia-Jamaica, Kobe Jae Chong tidak berselindung menyatakan hasrat untuk menyarung jersi skuad kebangsaan namun mengakui beliau harus bersabar dan menunggu waktu dan peluang bagi memastikan hasratnya itu tercapai.

Namun begitu, beliau juga tampil dengan penuh keyakinan untuk menyatakan bahawa beliau sememangnya sudah bersedia jika Malaysia mahukan khidmatnya sambil mengakui impian beraksi buat pasukan negara adalah salah satu daripada keinginan beliau.

Pemain berusia 20 tahun ini menambah, beliau sentiasa mengikuti perkembangan terkini Malaysia tidak kira sama ada aksi bertaraf antarabangsa mahupun liga tempatan.

Advertisements

Ini juga merupakan salah satu cara yang terbaik buat dirinya dalam usaha untuk membentuk kebiasaan sekiranya peluangnya tiba nanti sekaligus mengurangkan rasa kekok untuk beraksi bersama rakan sepasukan yang rata-ratanya beraksi dalam liga tempatan.

Pemain yang beraksi dalam saingan liga divisyen dua England itu bersama pasukan Peterborough United itu juga sudah bertekad agar namanya juga tersenarai dalam skuad yang bakal dibawa ke saingan Piala Asia bawah 23 tahun negara di Uzbekistan tahun hadapan.

“Saya bersedia untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan kerana perkara itu menjadi impian untuk berbakti kepada Malaysia. 

Advertisements

“Jika diikutkan perancangan asal akan datang menyertai latihan dua tahun lalu untuk pasukan bawah 19 namun disebabkan pandemik Covid-19 terpaksa melupakan hasrat itu.

“Namun, setakat ini, FAM belum lagi menghubungi saya untuk berbincang mengenai perkara itu (wakili Malaysia),” katanya kepada Arena Metro.

Beliau pastinya menjadi salah satu pemain yang mendapat perhatian jurulatih, Brad Maloney yang sudah pastinya mahu membentuk gandingan terbaik untuk dibawa ke kejohanan itu nanti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram