Harimau Malaya
King’s Lynn Town FC
Advertisements

Pemain muda berbakat, Kobe Jae Chong memberi bayangan bahawa beliau sudah mendapat kerakyatan Malaysia.

Sebelum ini, bakat pemain berusia 22 tahun itu memikat ramai peminat bola sepak negara setiap kali turun beraksi untuk kelab-kelab di England.

Ini membuatkan ramai ingin tahu bila Kobe akan menerima panggilan menyertai skuad negara baik untuk skuad Harimau Malaya atau Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23).

Advertisements

Ini kerana kehadiran bekas pemain tengah Barwell itu berpotensi menambah pilihan kepada Kim Pan-gon atau Juan Torres Garrido di bahagian tengah.

Kini, Kobe seolah-olah memberi petunjuk bahawa beliau bersedia menyahut panggilan menyertai skuad negara bila diperlukan.

Ini selepas bekas pemain remaja West Brom itu memuatnaik gambar bendera Malaysia di akaun Instagram Story peribadinya baru-baru ini.

Advertisements
c0302aaf 32f1 4c67 ade6 43d85431b97b Kobe Jae Sudah Dapat Kerakyatan Malaysia?
Tangkap layar hantaran Instagram Story Kobe. Sumber: Instagram/Kobe Jae

Sekiranya khabar ini benar, ini bakal memberi suntikan moral kepada skuad negara terutama menjelang kempen kelayakan Piala Dunia 2026 pada Jun ini.

Kobe ketika ini beraksi secara pinjaman untuk Kettering Town selepas menyertai King’s Lynn Town pada pertengahan Februari lalu.

Selain Kettering, King’s Lynn Town, West Brom dan Barwell, beliau juga pernah beraksi untuk Peterborough United, Cagliari, Solihull Moor dan Alvechurch.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram