Liga M4
Advertisements

Kerteh FC hari ini memperkenalkan rekabentuk stadium pasukan berkenaan sebagai salah satu projek yang merangkupi pelbagai kemudahan sukan di bawah nama Kerteh Sports City.

press room kerteh fc Konsep Rekabentuk Stadium Kerteh FC Diperkenalkan
Ruangan temuramah wartawan Kerteh FC.

Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan Kerteh Sport City Sdn Bhd hari ini menandatangani perjanjian penyerahan Stadium Mini Kerteh.

Ruangan VIP Stadium Kerteh FC

Penyerahan stadium mini ini kepada Kerteh Sport City Sdn Bhd adalah untuk kerja-kerja menaik taraf stadium pengurusan jangka panjang aset Kerajaan Negeri Terengganu berkenaan.

Advertisements
Padang latihan bersebelahan Stadium utama Kerteh FC.

Menerusi perjanjian ini, KSC bertanggungjawab memasang rumput sintetik, menguruskan kemudahan dan membina pelbagai fasiliti tambahan yang melengkapkan projek Kerteh Sports City ini.

Antara yang menarik perhatian adalah konsep rekabentuk stadium yang di ‘attach’ dengan hotel ‘container’, tempat duduk sekeliling stadium, gelanggang futsal dan dewan badminton.

Pemandangan dari hotel ‘container’ Kerteh FC.

Usaha kedua-dua pihak kerajaan tempatan dan syarikat swasta ini menerima pujian orang ramai yang beranggapan langkah ini sebagai langkah yang tepat dan sepatutnya dicontohi kelab-kelab lain di Malaysia.

Advertisements

Projek ini dianggarkan bernilai RM7 juta dan mempunyai 5 fasa dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2027.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram