Advertisement
Konsistensi Azam Azih Buktikan Beliau Layak Jadi Perancang Harimau Malaya
Dunia
MakanBola
officialsripahang

Pemain kelahiran Pahang, Nor Azam Azih mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya membantu skuad Tok Gajah menang bergaya menewaskan Penang FC.

Pemain berusia 25 tahun itu berjaya menjaringkan satu gol dan satu bantuan jaringan dalam perlawanan tersebut. Beliau berjaya peroleh jaringan pertama Sri Pahang dengan sepakan luar kotak menewaskan penjaga gol Penang FC, Khatul Anuar.

Kemudiannya, pemain tengah berbakat itu berjaya membuat hantaran lintang yang sempurna kepada rakan sepasukannya Sean Giannelli sekaligus menghadiah gol kedua buat Sri Pahang.

Beliau memiliki kebolehan yang sempurna sebagai seorang perancang tengah yang terbaik apabila berjaya membuktikan beliau bukan sahaja mampu membuat lorongan yang baik. Malah, beliau mempunyai penyudah yang berbisa.

Kredibiliti yang ditonjolkan pemain Sri Pahang ini layak diberi peluang untuk beliau menjadi perancang Harimau Malaya bagi saingan kelayakan Piala Asia Jun ini.