Konsistensi Syafiq Ahmad Bakal Jadi Aset Terbesar Kedah
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Pengendali Kedah FC, Aidil Sharin Sahak meluahkan kepercayaan terhadap peningkatan permainan penyerang berbisa Syafiq Ahmad yang semakin menyerlahkan kemampuannya selepas meledak gol pertama Kedah di laman sendiri.

Aidil juga melihat penyerang kebangsaan Syafiq Ahmad mampu menjadi aset terbesar untuk pasukan Kedah sekaligus berbesar hati mahu mendorong meningkatkan lagi kebolehan pemain yang berbakat besar itu.

“Betul dia bersama pasukan terbaik (Johor Darul Ta’zim) sebelum ini tapi dia tidak mempunyai ruang terbaik untuk beraksi. Kemudian dia mahu beraksi bersama Kedah musim 2022.”

Advertisements

“Saya berbesar hati untuk membantu dia menjadi seorang pemain dan penyerang lebih baik untuk pasukan Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan penyerang itu harus diberikan semangat dan lebih ruang bagi membina prestasi yang lebih baik bersama pasukan.

Advertisements

“Kita berharap dia akan mendapat lebih ruang dan meningkatkan lagi konsisten bersama pasukan dan pemain ini perlu terus diberikan sokongan pada sesi latihan dan juga perlawanan sebenar,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Pada Rabu, Naib Juara Liga Super musim lalu itu diberikan cabaran sengit oleh Kuala Lumpur City FC sebelum menang 3-2 pada aksi kedua Liga Super 2022 di Stadium Darul Aman.

Advertisements


Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram