Kontrak Papu Gómez Di Sevilla Berakhir Januari Ini
Dunia
AP / Bruna Prado
Advertisements

Perancang tengah pasukan kebangsaan Argentina, Papu Gomez difahamkan sudah boleh meninggalkan pasukannya, Sevilla seawal tahun hadapan.

Pemain berusia 34 tahun merupakan sebahagian daripada skuad Argentina yang menjuarai Piala Dunia untuk menamatkan penantian selama 36 tahun semalam.

Masa depan bekas kapten Atalanta ini kembali menjadi bualan hangat apabila beliau dikatakan mahu mencari haluan baharu memasuki fasa terakhir dalam kariernya.

Advertisements

Hal ini telah pun disahkan oleh jurnalis terkemuka Eropah, Fabrizio Romano yang memaklumkan bahawa pemaini ini sudah pun boleh meninggalkan Sevillistas Januari ini.

Fabrizio juga mengesahkan bahawa terdapat minat yang ditunjukkan oleh beberapa kelab dari liga yang berbeza termasuklah Amerika Syarikat.

Sebelum ini, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) pernah memaklumkan bahawa JDT akan membawa masuk beberapa orang pemain import termasuklah seorang pemain tengah menyerang pada tahun 2023.

Advertisements

Namun begitu, perkara ini masih belum disahkan oleh mana-mana pihak mengumumkan perkara ini secara rasmi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram