Pemain pertahanan Guangzhou FC, Haojin Guan telah ditamatkan kontrak selepas insiden kad merah yang menimpanya kerana melakukan sepakan ke arah kepala penyerang JDT, Bergson Da Silva.
Bukan itu sahaja, Ketua jurulatih serta pembantu jurulatih pasukan Guangzhou juga didenda dengan pemotongan gaji seperti yang dilaporkan oleh Titan Sport Plus di laman Twitter rasmi mereka.
Keputusan ini dibuat oleh kerana pemain memakai jersi 88 itu telah melanggar etika yang telah ditetapkan oleh pihak kelab.
Tambahan pula, Ketua jurulatih dan juga pembantu dikenakan tindakan adalah kerana kegagalan dalam mengawal disiplin pemain ketika di atas padang.
Tindakan drastik yang dibuat oleh kelab dari China ini dilihat sangat komited dalam melahirkan individu pemain bola sepak profesional yang berkualiti dari segi semua aspek.