Ads
Korea Selatan ‘Pening Kepala’ Cari Pengganti Jurgen Klinsmann
Asia
Korea FA

Korea Selatan masih lagi tercari-cari siapa jurulatih baru yang menggantikan jurulatih sebelumnya, Jurgen Klinsmann.

Advertisements

Selepas Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) memecat Klinsmann pada Februari lalu, beberapa jurulatih asing dikaitkan dengan jawatan tersebut.

Advertisements

Antara nama yang dicanang ialah Senol Gunes, Steve Bruce, Fabio Cannavaro, Herve Renard dan Jesse Marsch.

Advertisements
Advertisements

KFA berharap dapat memuktamadkan perlantikan jurulatih baru pada bulan ini sebelum Pahlawan Taeguk mengharungi baki dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan hadapan.

Atas sebab itu, KFA sebelum ini melantik ketua jurulatih skuad Korea Selatan Bawah 23 Tahun (B-23), Hwang Sun-hong sebagai jurulatih interim untuk dua aksi kelayakan pada Mac lalu.

Advertisements

Walau bagaimanapun, wartawan sukan Korea Selatan, Steve Han mendedahkan perancangan tersebut telah dibatalkan KFA. Ini kerana badan induk bola sepak itu kesuntukan masa untuk memilih jurulatih baru sebelum aksi kelayakan pada Jun ini.

Hal ini mendorong KFA memilih bekas jurulatih Lion City Sailors, Kim Do-hoon sebagai jurulatih interim Pahlawan Taeguk untuk dua aksi berkenaan.

“Sementara perbincangan melantik jurulatih skuad kebangsaan yang baru sedang berjalan, terdapat kemungkinan bahawa proses tersebut tidak akan dapat dimuktamadkan sebelum Jun.

“Selepas mengadakan perbincangan hari ini, kita telah melantik Kim Do-hoon sebagai jurulatih interim untuk dua perlawanan Korea Selatan,” kata KFA dalam satu kenyataan.

Selain pernah membimbing bekas juara Singapore Premier League (SPL) itu, Do-hoon juga pernah membimbing Ulsan HD bergelar juara Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada 2020.

Advertisements

Korea Selatan akan menutup kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026 dengan menentang Singapura pada 6 Jun. Ini disusuli perlawanan menentang China pada 11 Jun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram