Kos Penginapan Di Qatar Serendah RM1000 1 Malam
MakanBola
BR Football

Peminat bola sepak seluruh dunia berpeluang menonton aksi Piala Dunia di Qatar hujung tahun ini apabila penginapan yang disediakan hanya boleh didapati dengan kadar serendah RM 1000 satu malam.

Piala Dunia ini dicanang sebagai salah satu penganjuran paling bersejarah apabila diadakan dalam keadaan yang serba lengkap.

Ad
Advertisement

Malah, pihak penganjur bertungkus-lumus untuk mengadakan perlawanan Piala Dunia dalam keadaan terbaik apabila menyediakan banyak tempat penginapan yang mampu milik.

Ad

Qatar difahamkan membina sekitar 6,000 unit kabin yang terletak berhampiran dengan lapangan terbang bagi memudahkan urusan pengunjung.

Advertisement

Harga yang ditawarkan juga bersesuaian dengan anggaran sehingga 12,000 orang penonton boleh dimuatkan dalam kawasan tersebut.

Pelbagai kemudahan turut dibina sekitanya termasuklah restoran, kedai runcit, stesen bas dan banyak lagi sekaligus menjadikan tempat ini sebagai tarikan pengunjung.

Ad
Advertisement

Menerusi penjelasan oleh Ketua Penginapan dalam Jawatankuasa Tertinggi Qatar untuk penghantaran dan legasan kejohanan ini, Omar Al-Jaber, beliau mengesahkan bahawa sekitar 60 peratus kabin sudah ditempah setakat ini.

Ad

Perlawanan pertama di Piala Dunia melibatkan aksi Qatar yang akan turun beraksi menentang Ecuador di Stadium Al-Bayt.