Dunia
leovalente / pixabay
Advertisements

Seorang lelaki misteri telah mencuri perhatian baru-baru ini apabila beliau memperkenalkan formula tersendiri bagi pengiraan kos pengurusan pasukan Liga Super.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Ahmad John itu melakukan kira-kira terhadap kos keseluruhan bagi operasi sesebuah kelab di Malaysia.

Katanya, sesebuah pasukan memerlukan dana sekurang-kurangnya RM40 Juta setahun bagi mengemudi kelab dengan stabil.

Advertisements

Beliau mengambil kira purata gaji setiap pemain pasukan utama yang dianggarkan mencecah RM40,000 sebulan yang boleh mencecah sehingga RM1.3 Juta setiap bulan.

Malah, pengiraan ini juga termasuklah gaji pemain pasukan simpanan, pasukan Piala Presiden dan juga Piala Belia yang boleh menelan belanja sehingga RM1.8 Juta sebulan secara kasar.

Perkara ini membawa kepada jumlah keseluruhan kos gaji setahun iaitu RM21.6 Juta tidak termasuk pembayaran gaji jurulatih dan staf, kos pengangkutan dan lain-lain lagi.

Advertisements

Beliau juga menjangkakan setiap pasukan memerlukan sekurang-kurangnya RM40 Juta setahun bagi mengoperasikan pasukan.

Pertambahan pemain import kepada 9 orang bagi setiap pasukan bakal memberi kesan yang besar terhadap perbelanjaan pasukan terutamanya kepada pasukan yang tidak memiliki kedudukan kewangan yang kukuh.

E0028B87 A489 4D7E A5D2 0DE0D6D334A2 Kos Pengurusan Pasukan Liga Super Lelaki Ini Menggerunkan
FB: Zul
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram