Kpah Sherman Mahu Bantu Pahang Sambar Tiket AFC
Dunia
Sri Pahang FC
Advertisements

Bukan sahaja mahu meneruskan sentuhan jaringan cemerlangnya dalam saingan Liga Malaysia, tetapi Kpah Sherman mempunyai misi lebih daripada itu mahu membantu Sri Pahang menyambar tiket bermain di Piala AFC.

Pemain dari Liberia ini hadir ke Darulmakmur dengan reputasi yang cukup gah, pernah memenangi Kasut Emas penjaring terbanyak Liga Super pada 2019 dan secara keseluruhannya telah mengumpul lebih daripada 70 gol dalam semua pertandingan di Liga Malaysia.

Dengan membawa masuk Kpah Sherman serta beberapa lagi pemain import berkualiti seperti Lucas Espindola untuk mengemudi barisan depan, Sri Pahang menampakkan usaha serius mereka mahu memberi tentangan sengit dan Kpah mahu membalas kepercayaan yang diberikan.

Advertisements

“Sudah tentu rasa bagus apabila ada orang yang meletakkan harapan besar kepada kita dan saya harap saya dapat memberikan yang terbaik kepada Pahang dalam Liga Super.

“Saya ingin bekerja lebih keras dan melakukan sedaya upaya melebihi musim lepas, mana tahu mungkin dapat meraih anugerah lagi.

“Saya memang nak menjaringkan lebih banyak gol, tetapi misi utama adalah bagaimana saya dapat membantu pasukan ini untuk menjadi pesaing yang hebat dan melakukan sesuatu yang lebih cemerlang.

Advertisements

“Salah satunya adalah untuk cuba melayakkan diri ke Piala AFC dan kami semua teruja untuk memulakan saingan liga”, ujar Kpah Sherman.

Selain Kpah dan Lucas, Sri Pahang akan turut diperkuatkan empat lagi import iaitu Stefano Brundo, Michael John Glassock, Kevin Ingreso dan Sherzod Farziyev.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram