Kpah Sherman Tolak Panggilan Liberia, Mahu Berbakti Kepada Kedah
Dunia
kedahdarulamanfc
Advertisements

Menurut artikel daripada Berita Harian, Kpah Sherman memaklumkan bahawa dirinya sanggup berkorban demi pasukannya, Kedah FC bagi mengharungi saingan Piala Malaysia 2021. Kedah FC bakal berdepan Johor Darul Ta’zim pada aksi suku akhir Piala Malaysia 2021 minggu hadapan.

Penyerang berbisa Kedah FC itu menyatakan bahawa beliau sanggup bersama skuad Hijau Kuning kerana pasukan kebangsaannya, Liberia hanya berbaki dua perlawanan sahaja lagi. Oleh itu, membantu Kedah FC dalam saingan Piala Malaysia merupakan satu keputusan yang tepat buat dirinya.

“Saya berkorban untuk Kedah kerana pasukan kami (Liberia) hanya berbaki dua perlawanan lagi. Selepas dihubungi, jurulatih saya di sini berunding dan menyatakan hasrat saya mahu membantu Kedah dalam saingan Piala Malaysia.”

Advertisements

Anak jati kelahiran Liberia itu menjelaskan pada waktu ini adalah paling penting untuk kejar kemenangan buat Kedah FC. Namun untuk meraih keputusan positif, pemain Kedah FC haruslah fokus dan memberikan yang terbaik untuk kelab.

“Apa yang penting buat masa ini adalah untuk mendapatkan kejayaan buat Kedah pada aksi Piala Malaysia,” katanya.

Pemain yang berusia 29 tahun itu terus optimis untuk meraih kemenangan dengan mengharapkan segala perancangan skuad kendalian Aidil Shahrin berjalan dengan lancar. Dalam hal ini, JDT merupakan pasukan yang sukar ditandingi namun Kpah yakin akan terus mempamerkan aksi cemerlang.

Advertisements

“JDT sebuah pasukan yang kuat dari segala segi, namun kami mahu pastikan aksi terbaik kami kali ini untuk menghadapi mereka dan berharap segala rancangan kami kali ini mencapai kejayaan.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram