Dunia
SABAH FC
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 27 Sept – Kempen Piala Malaysia kali ini pastinya menjadi medan terawal bagi jurulatih baharu Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menguji pemain-pemainnya beraksi dengan taktikal yang beliau terapkan.

Sabah FC selaku pasukan pelawat akan turun menentang PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di Kelana Jaya, malam ini.

Kim Swee menjelaskan bahawa akan ada sedikit perubahan dari segi corak permainan yang akan ditampilkan oleh anak-anak buahnya.

Advertisements

“Akan ada sedikit perubahan dari segi corak permainan dan saya para pemain mampu mengadaptasinya untuk mencapai keputusan yang baik, sekali gus berusaha mengembalikan keyakinan penyokong.” katanya.

Kim Swee juga memuji barisan pemain-pemain yang cukup positif dalam sesi latihan dan sanggup menerima segala taktikal baru yang diterapkan. Beliau juga mengharapkan keputusan positif dapat dihasilkan dalam perlawanan malam ini yang mana tugasan pertamanya selaku jurulatih Sabah FC.

Sabah FC Kredibiliti Ong Kim Swee Bersama Sabah FC Bakal Teruji, Janjikan Kelainan Taktikal
Kim Swee dalam sesi latihan bersama Sabah FC (Gambar: Sabah FC)

“Semua pemain menunjukkan satu sikap yang cukup positif serta sanggup menerima segala perubahan yang cuba saya lakukan. Ini sudah tentu memberi keyakinan yang amat tinggi bagi membolehkan mereka mempamerkan kualiti sebenar permainan

Advertisements

“Harapan saya untuk semua pemain agar mereka membuktikan yang kita mampu bersaing dengan mana-mana pasukan sekalipun.

“Sudah tentu saya ingin mendapatkan keputusan yang positif pada perlawanan pertama saya bersama Sabah FC malam ini,” tambahnya kepada Harian Metro

Untuk rekod, Sabah FC telah tewas dalam 5 perlawanan terakhir Liga Super namun mereka terselamat daripada tersingkir ke Liga Perdana selepas menduduki tangga ke-9 dari 12 pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram