Blog
Selangor FC
Advertisements

Piala Malaysia yang bakal memulakan aksi pada hari ini akan mempertemukan juara 33 kali, Selangor FC menentang pasukan yang sudah tersingkir ke Liga Perdana musim depan iaitu Perak FC.

Seperti yang kita ketahui, musim 2021 bukanlah musim yang terbaik bagi pasukan Selangor FC apabila mereka hanya menamatkan liga di tangga kelima Liga Super. Namun kredit harus diberikan kepada pengendali Selangor, Karsten Neitzel yang berjaya membawa pasukan ini dengan cara yang tersendiri walaupun berdepan pelbagai masalah.

Walaupun dibarisi pemain-pemain bintang di setiap posisi namun skuad ini berdepan krisis kecederaan yang menimpa tonggak-tonggak penting pasukan. Antara pemain tonggak yang mengalami kecederaan ialah Tim Heubach, Safuwan Baharudin, Halim Saari, Brendan Gan, Wan Zack Haikal dan juga penyerang kebangsaan, Shahrel Fikri.

Advertisements
Shahrel Fikri 2 Krisis Semakin Memulih, Selangor FC Calon Juara Piala Malaysia 2021?
Shahrel Fikri (depan) sudah memulakan latihan bersama rakan sepasukan (Kredit gambar: Instagram Selangor FC)

Dengan krisis yang kecederaan yang berlaku, ianya sekaligus merencatkan perancangan pengendali Selangor, Karsten Neitzel yang terpaksa menggunakan pemain muda dari Selangor 2 untuk meneruskan baki aksi Liga Super.

Pemain-pemain muda seperti Sharul Nazeem, Aliff Haiqal Lau, Ahmad Zikri, Danial Asri dan Hein Htet Aung sudah pasti akan sentiasa diingati oleh penyokong-penyokong ‘Gergasi Merah’ dek kerana prestasi memukau yang ditunjukkan sewaktu beraksi bersama skuad utama Selangor.

Advertisements
Hein Htet Aung cemerlang dengan 6 bantuan gol musim ini (Kredit gambar: Instagram Selangor FC)

Kini, krisis kecederaan yang menghantui pasukan Selangor semakin memulih apabila pemain-pemain tonggak pasukan yang mengalami kecederaan sudah mula berlatih bersama pasukan.

Ini menandakan pasukan Selangor FC semakin sempurna bagi menghadapi saingan Piala Malaysia. Gabungan pemain muda yang berkualiti dan pemain berpengalaman pastinya menjadi azimat dalam membawa cabaran pasukan The Red Giant ini.

Advertisements

Adakah Selangor FC mampu menjulang Piala Malaysia kali ke-34? Sama-sama kita nantikan pasukan manakah yang akan menjulang Piala Malaysia edisi kali ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram