Kritikan Buat De Paula Jadi Makin Kuat Dan Bersemangat
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula menjelaskan bahawa kritikan merupakan satu perkara yang menjadi lumrah sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

Menurut beliau, perkara tersebut sudah menjadi asam garam dalam kehidupan beliau sungguhpun beliau mengetahui bahawa ia bukanlah satu perkara yang mudah buat sesiapa pun.

Malah, pemain berusia 35 tahun yang beraksi di posisi penyerang ini sedar akan kritikan dan komen yang diterimanya sejak daripada persembahan di Kelayakan Piala Dunia 2022 sehinggalah ke perlawanan persahabatan yang berlangsung baru-baru ini.

Advertisements

De Paula juga merasakan bahawa ia bukanlah satu masalah yang besar buatnya kerana fokus dan misinya hanyalah untuk membantu pasukan negara memperoleh prestasi terbaik menjelang kejohanan yang terdekat.

‘Sesetengah penyokong mereka kadangnya sayang kamu dan kadangnya tidak.’

‘Bagi saya ia bukanlah satu masalah dan saya tidak memberi perhatian kepada perkara tersebut,’-Jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Tambahnya lagi, setiap pemain pastinya melalui proses yang agak sukar dalam kariernya namun tetap bekerja keras untuk memastikan hasil positif yang diperoleh dalam setiap perlawanan.

Beliau yang sudah lama berkecimpung dalam dunia bola sepak termasuklah sudah lebih 5 tahun beraksi di Malaysia sudah mengetahui harapan dan impian yang tinggi oleh seluruh peminat tanah air buat pasukan kebangsaan.

‘Ketika mereka menyebut nama saya, saya akan pastikan bahawa saya bekerja dengan lebih keras dan fokus untuk menjaringkan gol kerana ia merupakan tugas saya.’

Advertisements

Ketika ini, De Paula sudah menjaringkan 1 gol sepanjang penampilannya sejak dinaturalisasikan oleh FAM untuk membantu skuad negara memperbaiki kedudukan dan menyelesaikan kemelut penyudah di barisan serangan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram