Kapten Terengganu FC, Habib Haroon percaya kualiti yang dimiliki Liga Malaysia (Liga M) dapat membantu pasukan itu cemerlang dalam saingan Piala AFC.
Ini kerana pemain tengah Bahrain itu melihat Liga M sebagai sebuah liga yang berkualiti dan kuat.
Dan itu dijangka membantu skuad Peteh yang dibimbing Tomislav Steinbruckner bila berdepan pasukan-pasukan dari negara Asia lain sebaik saingan Piala AFC bermula.
“Ya, saya sudah alaminya. Kita akan bertemu pasukan dari negara-negara yang berbeza. Anda tahu Liga Malaysia merupakan satu liga yang kuat.
“Saya percaya kita boleh melakukannya kerana saya percaya Liga Malaysia liga yang paling kuat. Saya fikir kita boleh melakukannya, kita dapat rasakannya dan kita mahukannya,” katanya kepada MakanBola selepas perlawanan PDRM FC-Terengganu FC semalam.
Aksi Liga Super dua pasukan itu menyaksikan skuad Penyu hanya pulang dengan satu mata selepas diikat tanpa jaringan oleh Sang Saka Biru.
Saingan Piala AFC musim 2023/2024 bakal membuka tirainya pada 18 September depan. Selain Terengganu FC, Sabah FC juga bakal bertanding dalam kejohanan sama.