Kualiti Nazmi Faiz Dapat Penghargaan Fernando Forestieri
Liga Super
FAM/JST
Advertisements

Kualiti yang dimiliki oleh penain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor mendapat penghargaan penyerang berbisa pasukan, Fernando Forestieri.

Pemain berusia 34 tahun itu kembali menyertai pasukan bagi saingan musim 2024/25 selain memainkan peranan yang penting bersama skuad Harimau Selatan.

Sepanjang dua musim bersama JDT, Forestieri telah membantu pasukan untuk menjulang 8 trofi domestik selain memantapkan pasukan pada bahagian serangan.

Advertisements

Menerusi satu temu bual bersama Johor Southern Tigers, beliau diminta untuk menyenaraikan beberapa pemain mengikuti kategori yang dinyatakan.

Ketika ditanya mengenai pemain yang paling menyerlah dari segi teknik di JDT, nama Nazmi Faiz segera disebut.

“Visi? Bagi saya Nazmi Faiz,” ujarnya kepada Johor Southern Tigers.

Advertisements

Selain itu, beliau juga menganggap bahawa perancang tengah negara, Afiq Fazail merupakan seorang pemain yang memiliki ketepatan yang baik dalam permainannya.

Kali terakhir Nazmi Faiz dikesan beraksi bersama Malaysia adalah pada Kelayakan Piala Asia 2023 manakala Afiq baru sahaja selesai membantu skuad kebangsaan di Piala Asia 2023.

Sebagai rekod, Foresteri telah menjaringkan 47 gol dan 21 bantuan jaringan dalam 69 penampilan bersama JDT sejak 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram