Kualiti Pasukan Media JDT Terima Pujian Penyokong
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Sejak minggu lepas telah timbul beberapa spekulasi yang mendakwa perancang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa bakal menamatkan kariernya sebagai pemain bola sepak.

Khabar angin tersebut mula tersebar apabila gambar-gambar yang dimuat naik di laman media sosial JDT tidak memperlihatkan Natxo Insa bersama kem JDT ketika sesi latihan dijalankan. Penyokong dan peminat tertanya-tanya tentang hal tersebut sehingga ada yang mula menimbulkan persepsi sendiri.

Berdasarkan pemerhatian MakanBola di ruangan komen Facebook Johor Southern Tigers minggu lalu, rata-rata peminat Harimau Selatan meluahkan kebimbangan tentang ketiadaan pemain berusia 36 tahun itu. Ada antara mereka yang membuat andaian bahawa Natxo akan bersara sebagai pemain dan akan bersama kem kejurulatihan JDT.

Advertisements

Bagaimanapun dalam hantaran terbaru hari ini, pasukan Media JDT telah memuat naik gambar Natxo bersama para pemain JDT yang baru sahaja tiba di Dubai bagi menghadapi kempen pra-musim.

Hantaran tersebut sekaligus melegakan hati para peminat yang sememangnya mahukan Natxo untuk terus kemudi bahagian tengah JDT.

Sebaik sahaja gambar Natxo dimuat naik, media JDT menerima pujian kerana pantas dalam membuat kerja. Ia secara tidak langsung telah menangkis semua spekulasi yang dibangkitkan dan menepis dakwaan yang tak berasas.

Advertisements

Selain mementingkan kualiti dalam setiap hantaran yang dimuat naik, pasukan media JDT juga sering dipuji berhubung perkongsian fakta dan info semasa berkaitan perjalanan pasukan JDT.

Kini Natxo dan kem JDT bakal mengharungi empat siri perlawanan di Dubai sebagai persediaan terbaik skuad kendalian Estiban Scolari sebelum kempen Liga Malaysia bermula. JDT dijadual bertemu FC Rostov dalam perlawanan pertama pada 25 Januari kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram