Kuching City meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Hougang United dalam aksi persahabatan kelab antarabangsa di Stadium Negeri Sarawak.
Aksi ini dilihat sebagai persiapan anak buah Aidil Sharin Sahak sebelum menghadapi Selangor FC untuk kempen separuh akhir Piala Malaysia.
Ini juga peluang buat Aidil bereksperimen dengan barisan pemain yang ada sekiranya timbul pelbagai situasi tidak dijangka seperti kecederaan atau penggantungan.
Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1. Hougang United menjaringkan gol menerusi bek tengah Ecuador, Washington Jaramillo pada minit ke-17.
Gol penyerang import, Jerome Mpacko Etame memastikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga rehat separuh masa.
Kemenangan pada akhirnya menjadi milik The Cats menerusi penjaring terbanyak mereka musim ini, Ronald Ngah Wanja. Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
Kuching City berharap kemenangan ini menjadi asas buat pasukan itu memburu tiket final Piala Malaysia musim ini.