Ini 4 pasukan yang berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi.
Aksi Piala Malaysia kini sudah memasuki pusingan separuh akhir dengan 4 kelab terbaik berjaya mengekalkan prestasi untuk kekal bersaing merebut trofi yang penuh bersejarah ini.
Pusingan separuh akhir Piala Malaysia ini akan menyaksikan satu wakil Borneo berjaya melayakkan diri iaitu Kuching City yang cemerlang menyingkirkan DPMM secara agregat 6-2.
Perlawanan tumpuan di pusingan suku akhir antara Selangor dan Negeri Sembilan akhirnya memihak Sang Gergasi Merah dengan kemenangan besar 6-1 sekali gus berjaya melangkah separuh akhir.
Finalis 2021, KL City dipaksa bekerja keras sebelum layak ke separuh akhir apabila mencatatkan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Terengganu untuk menempah tempat ke pusingan seterusnya.
Tiket terakhir ke separuh akhir menjadi milik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menepati ramalan apabila dengan cemerlang menyingkirkan Melaka 8-1 secara agregat dalam aksi suku akhir.
Perlawanan separuh akhir bakal menyaksikan JDT bertemu KL City, sekali gus mengulangi aksi final pada musim 2021 manakala satu lagi pertemuan membabitkan Kuching City vs Selangor.
Mengikut perancangan awal, perlawanan separuh akhir Piala Malaysia dijangka berlangsung pada awal April ini sebelum aksi timbal balik kedua bakal menyusul seminggu kemudian.
Walau bagaimanapun, tarikh sebenarn perlawanan ini bakal diumumkan oleh Malaysia Football League (MFL) tidak lama lagi, tertakluk kepada sebarang perubahan jadual semasa.