Kuching City ‘Tekan’ Ranking Ulsan Di Asia
MakanBola
KCFC/UCFC

Pasukan Liga Super, Kuching City memberi tekanan hebat kepada kedudukan Ulsan di Asia.

Skuad kendalian Aidil Sharin kini mula mendapat rentwk untuk bersaing merebut kelompok tertinggi saingan Liga Super 2024/25.

Pasukan dari Sarawak itu kini menghuni tangga ke-6 liga selepas 11 perlawanan dengan 14 mata dan memberikan saingan hebat kepada beberapa pasukan seperti PDRM, Perak dan juga Terengganu.

Kuching City juga sudah menambah baik kekuatan pasukan dengan kehadiran beberapa muka baharu seperti Ramadhan Saifullah, Moses Atede dan juga Hazwan Bakri.

Berdasarkan kemas kini oleh laman Opta Analyst, Kuching City kini berada pada kedudukan ke-424 di Asia dengan hanya satu tangga di belakang pasukan utara tanah air, Pulau Pinang.

Kedudukan ini membolehkan pasukan Liga Malaysia itu menghampiri ranking kelab Korea iaitu Ulsan Citizen.

Pasukan K3 League itu berada di tangga ke-11 liga ketika ini selepas meraih 8 kemenangan dalam 28 aksi yang telah diharungi.

Kelab terbaik dari Malaysia kekal menjadi milik Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu ke-5 Asia diikuti oleh Selangor (ke-100) ketika ini.